Friday, May 14, 2010

MAJLIS PENUTUP MINGGU SILATURAHIM

Program orientasi pelajar-pelajar baru Pra-Universiti berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar telah didedahkan kepada budaya kehidupan Pra-Universiti di SMTTJ.
Sehubungan itu, majlis penutup minggu orientasi ini telah dijalankan pada 13 Mei 2010.Beberapa persembahan telah diadakan oleh pelajar-pelajar Pra-U Tahun 2 dan juga Pra-U Tahun 1.








PENDAFTARAN PELAJAR PRA-U SESI 2010/2011






Selamat datang dan selamat mendaftar diucapkan kepada pelajar-pelajar Pra-Universiti bagi sesi 2010/2011.
Pada 10 Mei 2010 yang lalu, pelajar-pelajar baru program Pra-Universiti telah datang mendaftar di STTJ.Walaupun bilangan yang mendaftar adalah kecil, anggaplah ini sebagai satu kelebihan di SMTTJ berbanding dengan program Pra-Universiti di sekolah-sekolah lain.