Monday, October 12, 2009

LATIHAN KEFAHAMAN DAN ULASAN TEKS

Berikut adalah latihan untuk Bahagian C dalam kertas 2. Anda dikehendaki untuk menjawab semua soalan dan hantarkan jawapan anda secara e-mail sebelum berakhirnya minggu ini.(sebelum 17 okt 2009). Klik link di bawah untuk soalan latihan tersebut.




Thursday, October 1, 2009

PENYELESAIAN MASALAH 1

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian daripada topik untuk Kertas 1 Pengajian Am. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  • Penyelesaian masalah Kuantitatif (Jadual, Carta Pai, Graf Bar dan Rajah)
  • Penyelesaian masalah Kualitatif (Kecekapan penyelesaian secara minda dan lain-lain)
Bagi menyelesaikan masalah berbentuk kualitatif, penerangan atau penyataan dalam soalan tersebut haruslah diteliti dan difahami dengan betul. Pemahaman yang salah akan membuatkan anda mengambil jalan penyelesaian yang salah. Oleh itu baca, teliti dan fahamkan soalan dengan betul sebelum mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah.

Link di bawah adalah sebahagian daripada latihan untuk menyelesaikan masalah berbentuk kualitatif. Klik link di bawah untuk menyelesaikan masalah.



Wednesday, September 16, 2009

Monday, September 14, 2009

LATIHAN PENULISAN ESEI

Sila pilih 2 tajuk di bawah untuk latihan penulisan esei anda.
  • Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh mana anda bersetuju
  • "Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan, perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang mengancam kehidupan.” Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.

  • "Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah penanaman biasa".

    Pada pendapat anda wajarkah kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?
  • Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara. Bincangkan.

  • Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990. Sejauh manakah industri pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

  • Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia.
Esei-esei yang telah siap ditulis, boleh di e-mail kan ke alamat berikut:

form6.smttj@gmail.com

selewat-lewatnya pada 30 september 2009.

Friday, August 21, 2009

LATIHAN BAHAGIAN D

Ini merupakan latihan untuk anda memahirkan diri dengan Bahagian D (Menukar teks bentuk linear kepada bukan linear). Download soalan dengan cara klik link di bawah:


  • Terdapat 3 soalan dalam fail di atas.
  • Anda perlu menjawab ketiga-tiga soalan dengan lengkap.
  • Gunakan kertas graf untuk melukis graf anda.
  • Di samping itu, bagi setiap soalan, nyatakan kata kunci yang dapat menetapkan jenis graf yang akan dilukis.

Monday, August 17, 2009

BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA

Aspek penggunaan bahasa yang betul merupakan salah satu aspek yang diambil kira dalam pemarkahan Kertas 2 Pengajian Am. Penyusunan ayat-ayat mengikut tatabahasa yang betul dan kesilapan ejaan adalah antara kriteria-kriteria yang ditekankan terutamanya dalam Bahagian A dan B Kertas 2 ini. Maka dengan itu terdapat beberapa "link" yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan bagi menstrukturkan kesilapan-kesilapan ini. Antara link tersebut ialah:

Thursday, August 13, 2009

Tuesday, August 11, 2009

PEMBENTANGAN TENTANG KENEGARAAN

Beberapa tajuk telah dipilih untuk dibentangkan oleh pelajar tingkatan enam semasa kelas Pengajian Am. Kesemua tajuk itu melibatkan bab-bab kenegaraan Malaysia. Power point pembentangan tersebut boleh didapati dari link di bawah.

Monday, July 20, 2009

Tugasan Untuk Bahagian D

Berdasarkan petikan di bawah(klik untuk dibesarkan), bentukkan sebuah graf garisan mudah yang sesuai. Anda boleh menggunakan excel dan emailkan graf tersebut, ataupun anda boleh melukisnya di atas kertas graf dan serahkan pada saya selewat-lewatnya pada hari Jumaat 24 Julai

Thursday, July 9, 2009

SOALAN TUGASAN ESEI PENGAJIAN AM

"Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah mendaulatkan bahasa Melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut?"


Tugasan perlu diselesaikan secara berkumpulan. Tugasan yang lengkap hendaklah di e-mail ke

form6.smttj@gmail.com

selewat-lewatnya pada hari Isnin, 13 Julai 2009.

Friday, June 26, 2009

gabungan kelas

hye.... kami sekarang telah bergabung antara kelas 6BE1 dan kelas 6BE2, bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran... seronok juga bergabung kelas ini, kerana kami dapat berkongsi idea dan mengenali rakan2 baru.... jadi bagi sesiapa di luar sana yang tidak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran atau teringin kembali ke sekolah kembali, marilah bersama2 kita mengikuti tingkatan 6 ini... bunyinye agak mengerunkan tapi percayalah ia menyeronokan.... having a fun with teacher.... 27.06.2009- merupakan hari kantin sekolah menengah teknik tunku jaafar..... kami telah bercadang untuk menjual leropok lekor... kepada sesiapa yang suka makan keropok lekor, datanglah ke gerai kami.... murah2 aje...

Friday, June 19, 2009

Tingkatan 6 - PRA UNIVERSITI


Untuk pengetahuan anda tingkatan 6 juga digelar PRA UNIVERSITI... Mungkin ada sesetengah pelajar tidak tahu dan tidak didedahkan kepada perkara ini.. Dengan hanya bermodalkan 4 subjek penting dan mendapat sekurang-kurangnya 2 principal anda berjaya melangkah ke menara gading yang menjadi impian setiap pelajar... PRA-U yang ada di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU JAAFAR (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN) ini hanya memberi kursus kemanusian iaitu merangkumi subjek
  1. PENGAJIAN AM (WAJIB)

  2. EKONOMI (WAJIB)

  3. PENGAJIAN PERNIAGAAN (WAJIB)

  4. MATHEMATICS (PILIHAN)

  5. SEJARAH (PILIHAN)

  6. MUET (PILIHAN)


kebaikan tingakatan 6

Tingkatan 6 ini merupakan batu loncatan kepada para pelajar yang ingin memasuki ke universiti dalam jangka masa yang pendek... Satu setengah tahun mungkin dianggap singkat tetapi jika kita berusaha tanpa menoleh kebelakang, ia akan menjadi seperti apa yang di impikan.. Sering didengari bahawa tingkatan 6 ini susah, tetapi sebenarnya ia sama seperti SPM.. Jika di fikirkan kembali sijil yang paling berharga adalah STPM, ini kerana taraf yang diberikan adalah A-LEVEL, dan ia diiktiraf oleh satu dunia.. Jika anda mengimpikan untuk belajar di luar negara, sijil yang akan dinilai adalah SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA...
Dengan kuota yang diberikan, kami yakin!!!!!!!!!

Thursday, June 18, 2009

Laman blog ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 di SMTTJ berkongsi idea dalam menempuhi pembelajaran di tingkatan 6.