Monday, August 16, 2010

LAWATAN KE MUZIUM ANGKATAN TENTERA PORT DICKSON

Para pelajar Pra-Univesiti telah membuat lawatan ke Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson pada akhir Julai yang lepas. Kesemua 18 orang pelajar telah mengikuti rombongan tersebut dan diiringi oleh Pn. Saemah serta Pn. Siti Hajar. Rombongan ini sesungguhnya telah memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar.




Friday, May 14, 2010

MAJLIS PENUTUP MINGGU SILATURAHIM

Program orientasi pelajar-pelajar baru Pra-Universiti berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar telah didedahkan kepada budaya kehidupan Pra-Universiti di SMTTJ.
Sehubungan itu, majlis penutup minggu orientasi ini telah dijalankan pada 13 Mei 2010.Beberapa persembahan telah diadakan oleh pelajar-pelajar Pra-U Tahun 2 dan juga Pra-U Tahun 1.








PENDAFTARAN PELAJAR PRA-U SESI 2010/2011






Selamat datang dan selamat mendaftar diucapkan kepada pelajar-pelajar Pra-Universiti bagi sesi 2010/2011.
Pada 10 Mei 2010 yang lalu, pelajar-pelajar baru program Pra-Universiti telah datang mendaftar di STTJ.Walaupun bilangan yang mendaftar adalah kecil, anggaplah ini sebagai satu kelebihan di SMTTJ berbanding dengan program Pra-Universiti di sekolah-sekolah lain.

Tuesday, March 30, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM





Pada 25 Mac lalu, pelajar-pelajar Pra-U SMTTJ telah mengikuti latihan menembak anjuran Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) di Port Dickson. Latihan menembak ini merupakan salah satu dari aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar di SMTTJ.

Tuesday, March 2, 2010

Blog Pengajian Am SMTTJ

Sebuah blog baru telah dimulakan khas untuk subjek Pengajian Am di SMTTJ. Segala bahan Pengajian Am yang di post kan ke blog ini akan dipindahkan ke blog baru tersebut. Link ke blog tersebut ada di section LINK. Anda boleh juga klik link di bawah untuk melawat blog tersebut.
klik disini Blog Pengajian Am SMTTJ

Friday, February 12, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI

Selamat Tahun Baru Cina kepada guru-guru dan pelajar-pelajar berbangsa Cina di SMTTJ, terutamanya kepada Pn. Chun yang mengajar Ekonomi untuk pelajar-pelajar Pra-U. Selamat bercuti juga buat semua warga SMTTJ. Semoga cuti panjang ini dimanafaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Berhati-hati dimana sahaja anda berada.

Thursday, February 11, 2010

Latihan Wajib

Ini merupakan latihan yang wajib anda jawab. Bermakna anda perlu menjawab soalan dalam link di bawah dan perlu hantarkan ia untuk disemak. Terdapat 2 link soalan di bawah, jawab dan hantarkan Bahagian 1 dahulu dan kemudian Bahagian 2.

Tuesday, February 2, 2010

Gambar-Gambar Semasa Seminar

Pengetua, Guru-guru dan pelajar-pelajar Pra-U SMTTJ.


Makan malam di KFC Kompleks Shah Alam.

Di luar dewan seminar.

GPK Pra-U SMTAS bersama GPK Pra-U SMTTJ.

Membasah tekak.

Thursday, January 21, 2010

TIPS UNTUK BAHAGIAN D - P AM

DI SINI ADA TIPS UNTUK BAHAGIAN D - MEMBENTUK GRAF . SILA BACA DAN FAHAMKAN. SEKIRANYA ADA MASALAH BOLEH BERJUMPA DENGAN SAYA. SOALAN UNTUK MEMBENTUK GRAF AKAN MENYUSUL SEBAGAI LATIHAN ANDA.

Friday, January 15, 2010

SOALAN ESEI ISU PERPADUAN KAUM

DI BAWAH INI ADALAH SOALAN ESEI PENGAJIAN AM YANG PERLU ANDA JAWAB. GUNAKAN TEKNIK PENULISAN ESEI YANG TELAH KITA BINCANGKAN UNTUK MENULIS ESEI INI. HANTARKAN ESEI YANG TELAH LENGKAP KE E-MAIL BERIKUT "form6.smttj@gmail.com". PASTIKAN ANDA MENULIS NAMA ANDA PADA BAHAGIAN ATAS PENJURU KANAN ESEI.

SOALAN ESEI:
"Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan penduduknya yang berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Justeru itu, perpaduan rakyat dan integrasi nasional adalah satu cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Bincangkan beberapa faktor halangan atau kesukaran yang dihadapi dan juga langkah-langkah yang boleh dijalankan, di peringkat masyarakat setempat, untuk mencapai perpaduan di Malaysia."

Wednesday, January 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke SMTTJ kepada pelajar-pelajar Pra-U. Tahun ini merupakan tahun penentuan buat kita semua. Diharapkan kita akan terus maju dalam segala lapangan yang tersedia di hadapan kita.